Friday, January 2, 2009

Kisahku kembali kepada Islam

Kisahku Kembali Kepada Islam
Shariffa Carlo

Kisah bagaimana aku kembali kepada Islam merupakan kisah perancangan. Aku merancang, kumpulan yang aku anggotai telah merancang, dan Allah swt juga telah merancang. Dan Allah swt jua adalah sebaik baik perancang. Semasa aku remaja, aku telah menemui sekumpulan mereka yang mempunyai agenda yang jahat. Mereka adalah sekumpulan individu yang telah atau masih berjawatan di dalam kerajaan tetapi mempunyai agenda tersendiri - iaitu untuk menghancurkan Islam. Setahu saya mereka bukanlah kumpulan kerajaan tetapi mereka menggunakan kedudukan dan jawatan mereka di dalam kerajaan Amerika untuk melaksanakan maksud mereka.
Salah seorang dari mereka di dalam kumpulan ini telah mendekatiku kerana ternampak di dalam diriku bahawa aku adalah seseorang yang berani, motivasi dan sangat perihatin didalam hak dan keperluan asasi wanita. Dia memberitahuku bahawa jika aku belajar Perhubungan Antarabangsa (International Relations) dengan pengkhususan di Timur Tengah, dia akan menjamin pekerjaan di Kedutaan Amerika di Mesir. Dia mengkehendaki aku kemudiannya menggunakan jawatanku di negara itu supaya mendekati wanita wanita Islam dan menggalakkan mereka supaya menghidupkan sentimen pergerakan hak wanita. Aku berfikir ini adalah idea / rancangan yang baik. Aku telah melihat wanita wanita Islam di dalam TV; Aku tahu mereka adalah golongan yang ditindas, dan aku ingin membawa mereka pada cahaya pembebasan kurun yang ke dua-puluh.
Dengan tujuan ini, aku telah ke kolej dan memulakan pelajaranku. Aku belajar Al-Quran, Hadith dan sejarah Islam.. Aku juga telah belajar cara untuk menggunakan ilmu yang aku belajar untuk memutarbelitkannya supaya ianya sesuai dengan kehendakku. Ini adalah teknik yang sangat berharga. Walaubagaimanapun, apabila aku telah memulai pelajaranku, aku telah terpesona dengan apa yang aku pelajari. Semuanya masuk akal. Ini menakutkanku. Oleh itu, untuk membalasi kesan ini, aku telah mengambil pelajaran di dalam agama Kristian. Aku telah memilih untuk mengambil kelas dengan seorang professor di dalam kampus kerana dia mempunyai reputasi yang baik dan dia mempunyai kedoktoran (PhD) di dalam ilmu tauhid dari Universiti Harvard. Aku rasa bahawa diriku dibawah bimbingan yang baik. Memang betul tetapi bukan kerana sebab yang telah aku fikirkan . Dengan takdir, professor ini ialah ‘Unitarian Christian’ . Dia tidak percaya pada triniti atau ketuhanan Isa (Jesus). Malah dia percaya bahawa Isa (Jesus) ialah seorang Nabi.
Dia meneruskan dan membuktikan dengan mengambil Injil (Bible) dari asalnya dalam bahasa Greek (Yunani), Hebrew(Bahasa Yahudi) dan Aramaic (bahasa kuno Yahudi) dan membuktikan di mana ianya telah diubah. Sambil menunjukkan perkara ini, dia telah tunjukkan fakta dan kejadian di dalam sejarah yang membentuk dan menyusuli perubahan itu. Apabila aku telah tamat kursusnya, agamaku (kristian) telah musnah tetapi aku belum bersedia untuk menerima Islam. Masa terus berlalu dan aku masih meneruskan pelajaranku, untuk diriku dan pekerjaanku. Ianya mengambil masa tiga tahun. Dalam masa itu, daku telah menyoal orang orang Islam mengenai kepercayaan mereka. Salah seorang yang daku bertanya adalah seorang lelaki muslim didalam MSA (Muslims’ Students Association). Alhamdulillah, dia melihat kesungguhanku di dalam agama dan telah membuat usaha yang tersendiri untuk mengajarku tentang Islam... Semoga Allah swt mempergandakan ganjaran untuknya. Dia telah memberi dakwah padaku di dalam setiap peluang yang dia dapati.
Satu hari, lelaki ini telah menghubungi aku dan memberitahuku tentang sekumpulan muslim yang sedang melawati bandar. Dia ingin membawaku bertemu dengan mereka. Aku bersetuju. Aku pun pergi untuk menjumpai mereka dan selepas solat Isha’, aku telah dibawa ke satu bilik yang diduduki oleh sekurang kurangnya dua puluh orang. Mereka semua telah memberiku tempat duduk dan saya telah duduk berhadapan dengan seorang Pakistan yang tua. MashaAllah, lelaki tua ini sangat berpengetahuan dalam agama Kristian, Aku telah berbincang dengannya mengenai bab bab didalam Injil (Bible) dan Al-Quran hingga Fajar. Di waktu itu, selepas mendengar penjelasan dari lelaki ini apa yang saya tahu daripada kelas yang saya ambil mengenai agama Kristian, dia telah membuat sesuatu yang orang lain sebelum ini tidak pernah buat. Dia telah menjemputku supaya menjadi seorang muslim. Dalam masa tiga tahun saya mencari dan terus mencari, tidak ada sesorang pun yang menjemputku. Aku telah diajar, telah membahas dan juga telah dihina, tetapi tidak pernah dijemput. Semoga Allah swt memberi petunjuk pada kita semua. Jadi apabila aku telah dijemput , ianya terus membuka hatiku. Daku sedar inilah waktunya. Daku sedar inilah kebenaran dan aku harus membuat keputusan. Alhamdulillah, Allah swt membuka hatiku dan aku menjawab, "Ya, aku ingin menjadi seorang Muslim". Dengan itu, lelaki ini telah membimbingku di dalam mengucapkan shahadahku- di dalam bahasa Inggeris dan juga di dalam bahasa Arab. Aku bersumpah bahawa apabila aku mengambil shahadahku, daku merasakan perasaan yang amat ganjil. Aku merasakan seolah olah satu beban yang sangat berat telah diangkat daripada dadaku, dan apabila aku mengambil nafas, seolah-olah inilah nafas pertamaku dalam kehidupanku. Alhamdulillah, Allah swt telah memberi daku kehidupan yang baru-didalam keadaan yang suci- peluang untuk ke syurga, dan aku berdoa supaya aku dapat hidupkan sisa sisa kehidupanku di dalam Islam dan mati sebagai seorang muslim. Ameen
Shariffa Carlo

No comments:

Post a Comment