Saturday, December 27, 2008
menangis ? kelemahan @ sentitif
Jarang-jarang rasanya dapat melihatlelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis.Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataanini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh,lelaki juga menangis!Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hatimereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalumenitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho(tidak jantan). Relevankah?Cuba kita perhatikan sekeliling,tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki,paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasasebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiadayang luar biasa, ada emosi, punya rasa."Lelaki yang kata merekatidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada sayamereka `bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangistiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian."Lelakijuga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan,soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan, " kataAzhar Khairuddin, 46.Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.Halmembabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinyatersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.BagiAzhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia banggaberperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yangsensitif dan berhati perut."Kisah kanak-kanak didera dan orangtua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuatsaya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimanayang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anakbagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua."Padasaya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumahorang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anakbertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapamenjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah `memukul'adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibusatu ketika dulu.Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno diAfghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkaraberkaitan semangat patriotisme.Penulis yang juga mengikuti misiberkenaan bersama Azhar, menyaksikan `kelembutan' hati beliau denganmata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku,air matanya meleleh membasahi pipi.Satu perkara yang lebihmenggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatahlagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyianbertajuk M Nasir."Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihatwajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkininilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanyayang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.Jurutera,Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikirkelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangisketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskanair mata."Saya menangis sedih paling teruk ketika datukmeninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya danpemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga."Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalugembira.
konflik..bakat,minat & pilihan
SEORANG pelajar aliran sains bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Namun ibu bapanya terlalu menginginkannya kelak menjadi seorang jurutera. Pelajar ini, Ahmad, menjadi serba salah antara ingin menjadi seorang jurutera dan menjadi seorang peguam.Menjadi seorang peguam adalah minatnya sejak kecil dan menjadi seorang jurutera adalah harapan ayahnya sejak lama.Akhirnya dia terpaksa memilih jurusan kejuruteraan yang kurang diminatinya. Keputusan SPMnya yang baik telah membantunya memasuki bidang berkenaan.Tahun pertama dia berasa payah untuk mengikuti program kejuruteraan tersebut. Purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang diperolehnya tidak begitu baik. Di hujung semester kedua gred yang diperoleh semakin merosot. Ia masih boleh meneruskan pengajiannya kerana grednya masih berada di paras 2.0.Tahun kedua semester pertama, dia terasa serba salah antara kekal dengan bidang yang ada atau bertukar ke bidang lain. Mengenangkan harapan orang tuanya, dia kekal dalam bidang kejuruteraan. Kekal dalam bidang kejuruteraan bermakna berdepan dengan pencapaian yang lebih merosot. Ternyata ia benar.Semester pertama tahun kedua pencapaiannya berada di bawah PNGK 2.0 dan dia diminta meninggalkan universiti. Akhirnya dia gagal untuk meneruskan pengajian dan memohon ke universiti swasta untuk kursus yang diminatinya.AnalisisKISAH ini menjadi pengajaran untuk semua. Memilih bidang kursus seharusnya berdasarkan kepada bakat dan minat di samping kelulusan yang ada.Para pelajar kadang kala terdesak untuk memilih atas kemahuan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai impian sendiri terhadap anak-anaknya. Tidak salah ibu bapa memberi pandangan dan campur tangan dalam urusan memilih bidang. Yang bakal belajar ialah pelajar itu sendiri.Sekiranya bidang pengajian tidak selari dengan minat serta bakat anaknya ia bakal menimbulkan masalah. Banyak kes seperti ini membawa kepada kegagalan para pelajar.Merujuk kepada kes Ahmad tadi, ia akan membawa kepada tekanan perasaan kerana dua perkara. Pertamanya, Ahmad berasa tertekan dengan keputusan peperiksaannya yang rendah sedangkan keluarganya mengharapkannya menjadi seorang jurutera yang berjaya.Keduanya, Ahmad akan bertambah keliru dan tidak bersemangat untuk belajar kerana kurang berminat dengan jurusan kejuruteraan dan hal ini menyebabkan wujudnya perasaan rendah diri dalam dirinya.Biasanya para remaja yang memilih bidang yang diminati dan mempunyai kelulusan yang cukup di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan lebih yakin dengan apa yang dibuatnya. Jika ibu bapa campur tangan tanpa memahami minat dan bakatnya, dikhuatiri anaknya akan memberontak dari dalaman. Kadangkala, anak-anak serba-salah antara memilih cita-cita sendiri dan mengikut kemahuan ibu bapa.Tips peranan remaja1. Remaja haruslah mendapatkan nasihat dan panduan daripada mereka yang di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Dalam erti kata lain, membuat sedikit homework untuk memilih bidang yang sesuai untuknya.Misalnya, dalam kes Ahmad, beliau boleh menghubungi atau mengunjungi individu-individu atau pihak seperti:* Dekan atau pensyarah di universiti/ kolej di dalam bidang kejuruteraan dan undang-undang. Ahmad boleh bertanyakan bidang kursus, masa depan kedua-dua bidang tersebut dan membandingkan dengan kelulusan serta minat dan bakatnya.* Pelajar-pelajar universiti di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Jika tiada saudara terdekat, rakan-rakan yang mempunyai saudara yang belajar di IPT juga boleh dijadikan rujukan.* Maklumat daripada bahan bacaan seperti majalah, internet dan buku motivasi boleh membantu seseorang dalam membuat keputusan.Apabila langkah mengumpulkan maklumat ini telah diambil, pelajar akan lebih yakin dengan pilihannya.Ini juga antara lain boleh menyelesaikan kekeliruan yang timbul di dalam dirinya. Pepatah ada mengatakan, `semakin anda keliru dengan sesuatu, semakin itulah anda patut berusaha mencari jawapannya.'Sekiranya remaja tersebut beragama, sebaik-baiknya remaja tersebut memohon kepada Tuhan
Tuesday, December 23, 2008
hargailah isteri adda ye...
Hargailah isteri anda...... Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...... Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami , Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih… Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. . Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, >>From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini...
petua-petua...
Petua 'Memikat' Hati Guru
PERNAHkAH anda dengar pelajar merungut, “Apalah cikgu Ramlah tu, pilih kasih. kalau si Rahman tu, apa-apa dia buat semua boleh. kalau aku ni, ada saja yang tak kena. Pilih kasih betul!” Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan dengan guru mereka. Adakah anda juga begini?Katakan memang ada guru yang pilih kasih dan melebih-lebihkan sesetengah pelajar, adakah anda akan merungut jika anda yang menjadi anak murid kesayangan guru itu? Tentu tidak bukan? Yang ingin saya katakan ialah guru pilih kasih perkara biasa. Hal ini tidak bermaksud guru itu pilih kasih pada sesetengah pelajar hingga menganiaya pelajar lain. Saya percaya semua guru sayang akan anak muridnya. Cuma, disebabkan guru juga manusia biasa, mereka akan lebih menyayangi beberapa anak murid yang memenuhi beberapa ciri-ciri pilihan mereka. Pentingkah anda memikat hati guru anda? Apa untungnya jika guru anda mengasihi anda? Saya beri satu contoh mudah. Katakan anda diminta mengajar dua anak saudara anda yang beberapa tahun lebih muda. Anak saudara yang pertama suka mendengar kata anda.. Dia membuat apa-apa yang anda suruh semasa sesi pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian kepada anda semasa anda mengajar. Anak saudara yang kedua pula tidak boleh duduk diam semasa sesi pembelajaran. Semasa anda sibuk mengajar, dia sibuk mengasah pensel, mencari buku, melukis kartun dan sebagainya. Apabila anda suruh buat latihan, dia merungut dengan mengatakan bahawa dia tidak faham apa-apa yang anda ajarkan.Soalan saya, anak saudara mana yang anda akan lebih suka? Mudah bukan? Soalan saya lagi, jika anda rasa anak saudara anda suka mendengar apa-apa yang anda ajar, adakah anda akan semakin bersemangat untuk mengajarnya? Sudah tentu bukan? Jadi, anda perlu tahu serba sedikit bagaimana mahu mengambil hati atau memikat hati seorang guru. Hal ini tidak bermaksud anda mahu mempermainkan mereka. Memikat hati guru bertujuan agar ilmu anda lebih diberkati dan anda akan lebih mudah faham apa-apa yang diajarkan. Inilah objektif utama mengapa anda perlu tahu beberapa petua untuk memikat hati seorang guru. Jadi kali ini kita akan bincangkan dua petua ringkas untuk memikat hati seorang guru. Petua pertamaBelajar dalam keadaan gelas yang kosong. Apakah maksud saya ini? Belajar dalam keadaan gelas yang kosong bermaksud anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa-apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej, universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas yang penuh.Hal ini bermaksud, mereka rasa mereka sudah tahu banyak perkara berbanding kawankawan sebaya mereka malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru mereka. Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang penuh? Ya, air yang dituang itu akan tumpah. Malah, air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut mengalir keluar.Jika anda tidak percaya, cuba isikan air sirap ke dalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air masak kedalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah keluar. Lama-kelamaan, anda akan lihat gelas yang berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama kelamaan menjadi putih. Perkara yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke sekolah dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak bernilai. Apa kena-mengena petua ini dengan memikat hati guru? Guru sangat mudah mengesan jika anda datang kepada mereka dengan gelas yang penuh. Orang yang datang dengan gelas yang penuh boleh dikesan melalui percakapannya, soalannya dan juga cara mereka duduk dalam kelas. Apabila seorang guru dapat mengesan orang begini, selalunya guru akan cuba mengalihkan perhatian kepada anak murid yang lain. Hal ini supaya guru dapat mengekalkan semangat mereka untuk mengajar dan emosi mereka tidak terganggu dengan pelajar gelas penuh ini. Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong, guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu.

Iqra`..!!!
Pernahkah anda menatap wajah orang-orang yang anda sayang ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang nampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.Orang yang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur tak akan kelihatan wajah bengisnya.Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. …Lihatlah ibu anda….Hmm… kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai - belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu…Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya…Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata… "Betapa lelahnya.. penatnya aku hari ini".Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA…..Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya …
tazkirah
macam macm hal yang tidak diduga oleh kita..mungkin akn terjadi
dari sehari ke sehari.,minggu ke minggu.,
bulan ke bulan..tahun ke tahun..
tapi apa yang penting sekarng ni..
bagaimana hubungan kita dengan Allah..
jagalh hubungan ini degn bersungguh2
jatuh rebah tersembam sekali pun..bangun semula.. n mula semula
jngan mngaku kalah
jangn putus asa
wlaupn skarng kita jatuh,
walau sekrng kita berdosa
Allah suruh bersangka baik dnganNya
sangka baik yng keadaan skarng ini akn berubah
akn jadi keadaan yng lebih baik,pada suatu msa nanti
selawat n beristigfar bnyk-bnyk

Monday, December 22, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)