Saturday, December 27, 2008

konflik..bakat,minat & pilihan

SEORANG pelajar aliran sains bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Namun ibu bapanya terlalu menginginkannya kelak menjadi seorang jurutera. Pelajar ini, Ahmad, menjadi serba salah antara ingin menjadi seorang jurutera dan menjadi seorang peguam.Menjadi seorang peguam adalah minatnya sejak kecil dan menjadi seorang jurutera adalah harapan ayahnya sejak lama.Akhirnya dia terpaksa memilih jurusan kejuruteraan yang kurang diminatinya. Keputusan SPMnya yang baik telah membantunya memasuki bidang berkenaan.Tahun pertama dia berasa payah untuk mengikuti program kejuruteraan tersebut. Purata nilai gred kumulatif (PNGK) yang diperolehnya tidak begitu baik. Di hujung semester kedua gred yang diperoleh semakin merosot. Ia masih boleh meneruskan pengajiannya kerana grednya masih berada di paras 2.0.Tahun kedua semester pertama, dia terasa serba salah antara kekal dengan bidang yang ada atau bertukar ke bidang lain. Mengenangkan harapan orang tuanya, dia kekal dalam bidang kejuruteraan. Kekal dalam bidang kejuruteraan bermakna berdepan dengan pencapaian yang lebih merosot. Ternyata ia benar.Semester pertama tahun kedua pencapaiannya berada di bawah PNGK 2.0 dan dia diminta meninggalkan universiti. Akhirnya dia gagal untuk meneruskan pengajian dan memohon ke universiti swasta untuk kursus yang diminatinya.AnalisisKISAH ini menjadi pengajaran untuk semua. Memilih bidang kursus seharusnya berdasarkan kepada bakat dan minat di samping kelulusan yang ada.Para pelajar kadang kala terdesak untuk memilih atas kemahuan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai impian sendiri terhadap anak-anaknya. Tidak salah ibu bapa memberi pandangan dan campur tangan dalam urusan memilih bidang. Yang bakal belajar ialah pelajar itu sendiri.Sekiranya bidang pengajian tidak selari dengan minat serta bakat anaknya ia bakal menimbulkan masalah. Banyak kes seperti ini membawa kepada kegagalan para pelajar.Merujuk kepada kes Ahmad tadi, ia akan membawa kepada tekanan perasaan kerana dua perkara. Pertamanya, Ahmad berasa tertekan dengan keputusan peperiksaannya yang rendah sedangkan keluarganya mengharapkannya menjadi seorang jurutera yang berjaya.Keduanya, Ahmad akan bertambah keliru dan tidak bersemangat untuk belajar kerana kurang berminat dengan jurusan kejuruteraan dan hal ini menyebabkan wujudnya perasaan rendah diri dalam dirinya.Biasanya para remaja yang memilih bidang yang diminati dan mempunyai kelulusan yang cukup di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan lebih yakin dengan apa yang dibuatnya. Jika ibu bapa campur tangan tanpa memahami minat dan bakatnya, dikhuatiri anaknya akan memberontak dari dalaman. Kadangkala, anak-anak serba-salah antara memilih cita-cita sendiri dan mengikut kemahuan ibu bapa.Tips peranan remaja1. Remaja haruslah mendapatkan nasihat dan panduan daripada mereka yang di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Dalam erti kata lain, membuat sedikit homework untuk memilih bidang yang sesuai untuknya.Misalnya, dalam kes Ahmad, beliau boleh menghubungi atau mengunjungi individu-individu atau pihak seperti:* Dekan atau pensyarah di universiti/ kolej di dalam bidang kejuruteraan dan undang-undang. Ahmad boleh bertanyakan bidang kursus, masa depan kedua-dua bidang tersebut dan membandingkan dengan kelulusan serta minat dan bakatnya.* Pelajar-pelajar universiti di dalam kedua-dua bidang berkenaan. Jika tiada saudara terdekat, rakan-rakan yang mempunyai saudara yang belajar di IPT juga boleh dijadikan rujukan.* Maklumat daripada bahan bacaan seperti majalah, internet dan buku motivasi boleh membantu seseorang dalam membuat keputusan.Apabila langkah mengumpulkan maklumat ini telah diambil, pelajar akan lebih yakin dengan pilihannya.Ini juga antara lain boleh menyelesaikan kekeliruan yang timbul di dalam dirinya. Pepatah ada mengatakan, `semakin anda keliru dengan sesuatu, semakin itulah anda patut berusaha mencari jawapannya.'Sekiranya remaja tersebut beragama, sebaik-baiknya remaja tersebut memohon kepada Tuhan

No comments:

Post a Comment