Saturday, December 27, 2008

menangis ? kelemahan @ sentitif

Jarang-jarang rasanya dapat melihatlelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis.Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataanini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh,lelaki juga menangis!Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hatimereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalumenitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho(tidak jantan). Relevankah?Cuba kita perhatikan sekeliling,tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki,paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasasebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiadayang luar biasa, ada emosi, punya rasa."Lelaki yang kata merekatidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada sayamereka `bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangistiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian."Lelakijuga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan,soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan, " kataAzhar Khairuddin, 46.Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.Halmembabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinyatersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.BagiAzhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia banggaberperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yangsensitif dan berhati perut."Kisah kanak-kanak didera dan orangtua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuatsaya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimanayang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anakbagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua."Padasaya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumahorang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anakbertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapamenjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah `memukul'adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibusatu ketika dulu.Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno diAfghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkaraberkaitan semangat patriotisme.Penulis yang juga mengikuti misiberkenaan bersama Azhar, menyaksikan `kelembutan' hati beliau denganmata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku,air matanya meleleh membasahi pipi.Satu perkara yang lebihmenggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatahlagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyianbertajuk M Nasir."Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihatwajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkininilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanyayang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.Jurutera,Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikirkelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangisketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskanair mata."Saya menangis sedih paling teruk ketika datukmeninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya danpemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga."Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalugembira.

No comments:

Post a Comment