Sunday, September 6, 2009

diploma tekno it

last sem ni dah wei


huhu t dh nk hbis, msing msing berpisah
ikut haluan masing masing

bila lg lh kita nk brjumpa,,
dok skali n pergi melancong
cameron higland...suma dlm kenangan

Sunday, May 24, 2009

Penawar Kepenatan, amalkan

Assalamualaikum,


Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar."

Influenza A (H1N1)



Influenza A (H1N1)


ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di
http://www.cdc. gov/swineflu/ investigation. htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini)..
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit..
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah;• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius.. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian
http://www.moh. gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama Tempatan
Daripada: Shahidah Kepada: SahabatInteraktif@ yahoogroups. comDihantar: Rabu, 13 Mei, 2009 12:03:15Subjek: [sim] PERLU INFO : Influenza A (H1N1) dalam bahasa Melayu
Assalamualaikumada sesiapa boleh berikan nformasi mengenai Influenza A (H1N1) dalam bahasa melayu.terima kasih--

Wednesday, May 6, 2009

Perihal AiRMATA

http://4.bp..blogspot.com/_oV1RUxbNq84/SeguG8l6d3I/AAAAAAAACF4/WrnGSfZ4S8E/s400/airmata..jpg
PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDcdrUXUwafSK7IRUjPGDD1Kv16VwV09MdkCElOmxZzS40IEN5OSXSzPRQId4mIJLjUL2eJ5f-GnBhcUo8HbFhHeJojSgaAYRBswgMwGSJESlfjBzg383psE9xZZMiKXnvysIPRDZ2-Nwt/s400/ibnu+qayyim.jpgIlustrasi untuk Ibnu Qayyim

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”

Air mata yang tidak dituntut

  1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
  2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
  3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
  6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5.. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT..

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

--
- BawangGoreng -
http://bawangorengn et.blogspot. com/
http://mambangdiawa n-kiosk.blogspot .com/
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

BATU-BATU AJAIB





Wave Rock
Hyden, Australia
Gelombang batu seperti ombak ini sudah ada 2.700jt tahun yang lalu menurut peneliti.
cid:image003.png@01C94BEC.A6D21280
Moving Rock
Belum ada penelitian tentang batu ini, dan 1 orang pun belum liat kalo batu ini benar2 berjalan, cuma jejaknya saja yg dinyatakan kalo batu ini bisa berjalan atau bergeser.
cid:image004.png@01C94BEC.A6D21280 cid:image005.png@01C94BEC.A6D21280
Dome of The Rock
Masjidil Aqsha, Yerusalem
Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi'raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah ikut.
Malin Kundang Rock
Pantai Air Manih, Minnagkabau - Padang
Konon, batu ini adalah seorang anak yang dikutuk oleh Ibunya, karena durhaka
Ayers Rock
Uluru Alice Spring, Australia
Batu yang bisa berubah warna mengikuti cuaca, kadang orange, hitam, biru dll



New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Sunday, April 26, 2009

aku

li dh mula..
hari firts aku..
xbuat apa apa lagi

Tuesday, March 3, 2009

hari yg gila,,
hari yg gila.
gila yg hari...>>

include "stdafx.h"
iclude
using namespace std;

void mian()
{

int i;
char gila;
float i;

cout<<"masukkan apa apa [i]\n">>
cin<<
}
}

Monday, March 2, 2009

aku pening bahasa arab

Friday, February 6, 2009

Wednesday, January 28, 2009

Perfume Barat - Wajib baca/sebarkan


Perfume Barat - Wajib baca/sebarkan

From: Musalmah Ali

Assalamualaikum, Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo , U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya. Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang digunakan untuk memerapkan minyak d is aluti dengan lard (lemak babi) bagi tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu. Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo .

Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali saya ke t ana h suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yan! g ke t ana h suci untuk membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal pemakaian minyak wangi dan lazimnya is u yang ditimbulkan adalah soal haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak d is entuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri. Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri.

Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada memakai minyak buatan barat. Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat.....

Waallahu'alam.

Juh ana At 09:22 AM 11/14/02 +0800, sya hani m wrote:

Setakat m ana kebenarannya. .. wallahhualam. . Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat! maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak d is ampaikan, selama itulah beb ana n ke atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul. Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gemb ira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya.

Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang d ira hmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya. .. Ceritanya begini... Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan is teri- is teri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jen is perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga. Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembel! i' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya.

"Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jen is jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran. Sampai pd satu pe ring kat pembuatan, kami melalui kawasan di m ana terdapat tangki-tangki besar ber is i bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya? " Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last." Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut.

Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi t ana h suci Makkah dan Madinah dan di s ana banyak terdapat minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi. Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Mala ysia . Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu. Ujian Allah ada kalanya begitu ring an dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.Selama ni kita ingat pada minyak yang beralkohol sja yang haram...jangan le ker ana nak berbangga dengan jenama barat kita simpan kat rumah buat hiasan ...... sedangkan mengandungi benda2 haram .....macam simpan arak atau anjing dalam rumah le agaknya tanya ..le pada ustaz2.....apa hukumnya...

Wallahu'alam.

Tuesday, January 6, 2009

ni kantoi..!!



Penah korang da pengalamn cm neh..
ni aku capture jadual kelas aku da

jadual yang padat n menyesakkan jiwa..
nk bnafas pn susah..
ni lah realiti bbudak It..

Ikan Rohu


Assalamualaikm..

pada 2 januari yg lalu aku berjaya mendaratkan seekor ikan berspeasis Rohu seberat 1 kilo 200 g..

perasaan.. erm best n mngujakan

mai la umah aku kita p mancing sesama !!

ntah apa tajuk aku pun xtaw..

Sweet words are easy to say,

Sweet things are easy to buy,But

Sweet people are difficult to find.

Life ends when U stop dreaming,

Hope ends when U stop believing

Love ends when U stop caring,

Friendship ends when U stop sharing.

So share this with whomever U consider a friend...

To Love without condition,

To talk without intention,

To give without reason, and

To care without expectations is the heart of a true friend...

Forward this to all the people you consider as your friends, dont forget to send it back to me if you care..

Life is short, Break the rules,

Forgive quickly

Love truely

Laugh uncontrollably, and never regret anything that made you smile

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

kekuasaan Allah..
ni ja

Friday, January 2, 2009

Rahsia surah Yasin

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surahtersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan MahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat. 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang akudapat ini 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiqdan miskin 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yangberiman kesihatan zahir batin 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku..... AMINnnnn.

tips berhanti merokok

1. MELENGAHLengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.2. MENARIK NAFAS PANJANGTariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.3. MINUM AIRMinum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.4. MEMBUAT SESUATUBuatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.5. MENGUNYAH SESUATUMengunyah sesuatu seperti gum, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.6. MANDI ATAU BASUH TANGANKalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGANLakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.8. MEMOHON DOAMohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..

Bayarlah dengan segelas air susu

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya."Berapa harga susu ini?" tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.Jawab budak perempuan itu, "Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan"Pengembaramuda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. "Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,"kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata," Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,"Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…"Bayarlah dengan segelas susu.."Dr Howard Kelly

hidup perlu rasional

Dalam kehidupan kita, memang ada bermacam jenis manusia dengan pelbagai kerenah dan ragam. Bak kata orang, "Rambut sama hitam, hati lain-lain". Jadi memang sukar nak "dikenali" hanya dgn melihat sifat luaran sahaja. Begitu juga tanggapan seseorg dlm menjalani kehidupan. Ada yang menerimanya dengan rasional dan mampu berfikiran terbuka. Sebaliknya tak kurang juga yg kurang rasional.Dalam merentasi kehidupan ini, memang banyak rintangan, dugaan dan cabaran yg terpaksa ditempuhi. Bukan mudah utk merencanakan kehidupan apatah lagi tanpa azam dan iltizam yg sepatutnya disematkan dalam diri masing-masing, membuatkan kita sukar utk menuju kehadapan. Di dalam kehidupan ini, ada juga di antara kita yg lebih suka bergantung hidup dgn org lain dan tidak berkeyakinan utk berdikari. Terutamanya jika berhadapan dengan masalah, ini akan membuatkan kita berasa gentar utk menghadapinya berseorangan.Ada juga yg tidak sanggup menerima sebarang masalah kerana ini akan membawakan tekanan perasaan dalan hidupnya seterusnya menimbulkan rasa gelisah, murung dan kebimbangan. Ia menunjukkan betapa rapuhnya daya ketahanan diri terutamanya dari segi mental kerana "tidak kebal" apabila menghadapi sesuatu tekanan. Justeru, ada yg mengambil jln singkat utk "melenyapkan" masalah itu dgn bertindak di luar batasan seperti membunuh diri, mengambil minuman keras, pil khayal dan sebagainya. Jalan-jalan penyelesaian sebegitu sebenarnya bukan satu tindakan yg bagus dan bermakna kerana ia akan mendatangkan implikasi yg lebih besar ke atas diri sendiri.TEMPUHI KEHIDUPAN DENGAN SEMPURNASebagai manusia yg berakal dan beradab, kita seharuslah menghargai kehidupan yg nyata ini. Memang bukan semua manusia sentiasa bernasib baik dalam kehidupan kerana putaran hidup ini bagaikan roda. Ada masanya kita akan berada di "bawah" dan inilah cabaran yg harus ditempuhi. Sebenarnya kehidupan adalah kesinambungan utk menuju ke alam yg lebih nyata dan abadi. Percayalah masalah adalah rempah ratus dlm kehidupan.Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari masalah. Selagi manusia bernyawa, selagi itulah cabaran akan mengekori dan mungkin akan menghasilkan masalah yg terpaksa dihadapi. Ibarat pepatah yg diungkapkan oleh professor Hamka, "Manusia memang selalu lalai memperhitungkan bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka secara tiba-tiba dia menjadi bingung lalu menyalahkan org lain atau menyalahkan takdir Ilahi."Namun sering kali kita akan berasa takut dan bimbang jika sesuatu masalah menimpa. Seolah-olah kita tidak nampak apakah jalan penyelesaian yg bakal merungkai segala permasalahan itu. Ia akan membuatkan kita berasa cemas dan gentar, bimbang masalah tersebut akan terus menghantui hidup. Namun tidak bermakna masalah itu akan terus kekal andai kita bijak utk merungkainya. Jika kita mempunyai cara bagaimana utk mencari jalan penyelesaiannya, maka masalah itu akan terlerai dari diri kita sendiri.FIKIRLAH SECARA RASIONALSebagai manusia yg dikurniakan akal dan fikiran, seharusnya kita lebih bertindak rasional dlm menghadapi sesuatu situasi. Walaupun situasi itu agak menyulitkan namun tindakan yg diambil itu akan mempengaruhi setiap apa yg kita lakukan. Ada kalanya situasi yg sulit akan menjadi mudah jika kita berjaya mengatasinya dgn penuh rasional. Dan jangan lekas bingung andai masalah itu bertambah rumit hanya kerana kita tidak mempunyai resipi tersendiri bagaimana cara utk meleraikannya.TIDAK SEMUA MASALAH ITU MENYEKSAKANBukan semuanya masalah itu menjadi racun dalam hidup kita. Jangan menganggap semua masalah yg melanda itu sebagai hempedu kerana ada kalanya ia mendatangkan manfaat dan kebaikan pada diri kita. Terpulang pada jenis masalah yg dihadapi. Bukan itu saja, masalah juga mampu mencabar nilai diri dan maruah, jadi jangan sesekali mempamerkan sikap negatif dan pasif apabila menghadapi masalah.Sebenarnya individu yg bangkit dari kegagalan dan kekecewaan lalu akan lebih bermotivasi tinggi utk menuju ke arah kejayaan. Mereka lebih berkeyakinan

Panduan mengatasi kegagalan

Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata pada asasnya, ada empat asas kegagalan pelajar dalam peperiksaan iaitu gagal mencapai kecemerlangan (keseluruhan A) biarpun sudah berusaha gigih, gagal kerana langsung tidak berusaha, gagal dalam akademik tetapi cemerlang di bidang lain seperti sukan dan gagal kerana disengajakan untuk menunjukkan protes terhadap sesuatu.Berikut panduan yang boleh direnung untuk mengatasi kegagalan dalam peperiksaan: Pelajar perlu jujur dan ikhlas dalam menganalisis punca kegagalan berkenaan. Jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya tanya pada diri sendiri punca kesilapan.Jika pelajar mengalami kegagalan biarpun sudah berusaha gigih, ia mungkin berkaitan dengan sikap terlampau yakin yang mendorong kepada kecuaian ketika menjawab soalan.Jika mengalami kegagalan dalam peperiksaan yang berkaitan dengan kesilapan teknik menjawab soalan, pelajar perlu mengikuti lebih banyak kem motivasi dan cara menjawab soalan dengan betul.Pelajar terutama remaja perlu belajar untuk menerima kegagalan dengan hati yang terbuka kerana jika enggan menerima kenyataan berkenaan, ia boleh mendorong remaja untuk melakukan perkara di luar kewarasan fi kiran.Belajar untuk terima sesuatu kegagalan berkenaan sebagai batu loncatan untuk lebih berusaha pada masa depan dan bukan menjadikannya sebagai batu halangan untuk berjaya.Belajarlah daripada kesilapan yang dilakukan. Sempena tahun baru ini, tanamkan azam untuk mula berusaha dari awal tahun lagi dan bukan menunggu untuk mengulang kaji pelajaran pada saat akhir.Sebagai insan biasa, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita perlu menerima hakikat bahawa boleh berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya terserah juga kepada Tuhan untuk menentukannya.

Imam syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: "Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.""Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia."Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya: "Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya."Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan."Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat."Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai."Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia."Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."

Kita dilahirkan

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan.Kitalahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kitadapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian maupunkritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.Kitadilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, semiskin manapun kita,kita tetap kaya. Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita.Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.Kitadilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut.Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai,memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyakmendengar dan melihat.Kita dilahirkan dengan satu hati, yangmengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih daridalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai,tetapi hangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan caradan sebanyak yang sudah anda berikan.Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah.

Kisahku kembali kepada Islam

Kisahku Kembali Kepada Islam
Shariffa Carlo

Kisah bagaimana aku kembali kepada Islam merupakan kisah perancangan. Aku merancang, kumpulan yang aku anggotai telah merancang, dan Allah swt juga telah merancang. Dan Allah swt jua adalah sebaik baik perancang. Semasa aku remaja, aku telah menemui sekumpulan mereka yang mempunyai agenda yang jahat. Mereka adalah sekumpulan individu yang telah atau masih berjawatan di dalam kerajaan tetapi mempunyai agenda tersendiri - iaitu untuk menghancurkan Islam. Setahu saya mereka bukanlah kumpulan kerajaan tetapi mereka menggunakan kedudukan dan jawatan mereka di dalam kerajaan Amerika untuk melaksanakan maksud mereka.
Salah seorang dari mereka di dalam kumpulan ini telah mendekatiku kerana ternampak di dalam diriku bahawa aku adalah seseorang yang berani, motivasi dan sangat perihatin didalam hak dan keperluan asasi wanita. Dia memberitahuku bahawa jika aku belajar Perhubungan Antarabangsa (International Relations) dengan pengkhususan di Timur Tengah, dia akan menjamin pekerjaan di Kedutaan Amerika di Mesir. Dia mengkehendaki aku kemudiannya menggunakan jawatanku di negara itu supaya mendekati wanita wanita Islam dan menggalakkan mereka supaya menghidupkan sentimen pergerakan hak wanita. Aku berfikir ini adalah idea / rancangan yang baik. Aku telah melihat wanita wanita Islam di dalam TV; Aku tahu mereka adalah golongan yang ditindas, dan aku ingin membawa mereka pada cahaya pembebasan kurun yang ke dua-puluh.
Dengan tujuan ini, aku telah ke kolej dan memulakan pelajaranku. Aku belajar Al-Quran, Hadith dan sejarah Islam.. Aku juga telah belajar cara untuk menggunakan ilmu yang aku belajar untuk memutarbelitkannya supaya ianya sesuai dengan kehendakku. Ini adalah teknik yang sangat berharga. Walaubagaimanapun, apabila aku telah memulai pelajaranku, aku telah terpesona dengan apa yang aku pelajari. Semuanya masuk akal. Ini menakutkanku. Oleh itu, untuk membalasi kesan ini, aku telah mengambil pelajaran di dalam agama Kristian. Aku telah memilih untuk mengambil kelas dengan seorang professor di dalam kampus kerana dia mempunyai reputasi yang baik dan dia mempunyai kedoktoran (PhD) di dalam ilmu tauhid dari Universiti Harvard. Aku rasa bahawa diriku dibawah bimbingan yang baik. Memang betul tetapi bukan kerana sebab yang telah aku fikirkan . Dengan takdir, professor ini ialah ‘Unitarian Christian’ . Dia tidak percaya pada triniti atau ketuhanan Isa (Jesus). Malah dia percaya bahawa Isa (Jesus) ialah seorang Nabi.
Dia meneruskan dan membuktikan dengan mengambil Injil (Bible) dari asalnya dalam bahasa Greek (Yunani), Hebrew(Bahasa Yahudi) dan Aramaic (bahasa kuno Yahudi) dan membuktikan di mana ianya telah diubah. Sambil menunjukkan perkara ini, dia telah tunjukkan fakta dan kejadian di dalam sejarah yang membentuk dan menyusuli perubahan itu. Apabila aku telah tamat kursusnya, agamaku (kristian) telah musnah tetapi aku belum bersedia untuk menerima Islam. Masa terus berlalu dan aku masih meneruskan pelajaranku, untuk diriku dan pekerjaanku. Ianya mengambil masa tiga tahun. Dalam masa itu, daku telah menyoal orang orang Islam mengenai kepercayaan mereka. Salah seorang yang daku bertanya adalah seorang lelaki muslim didalam MSA (Muslims’ Students Association). Alhamdulillah, dia melihat kesungguhanku di dalam agama dan telah membuat usaha yang tersendiri untuk mengajarku tentang Islam... Semoga Allah swt mempergandakan ganjaran untuknya. Dia telah memberi dakwah padaku di dalam setiap peluang yang dia dapati.
Satu hari, lelaki ini telah menghubungi aku dan memberitahuku tentang sekumpulan muslim yang sedang melawati bandar. Dia ingin membawaku bertemu dengan mereka. Aku bersetuju. Aku pun pergi untuk menjumpai mereka dan selepas solat Isha’, aku telah dibawa ke satu bilik yang diduduki oleh sekurang kurangnya dua puluh orang. Mereka semua telah memberiku tempat duduk dan saya telah duduk berhadapan dengan seorang Pakistan yang tua. MashaAllah, lelaki tua ini sangat berpengetahuan dalam agama Kristian, Aku telah berbincang dengannya mengenai bab bab didalam Injil (Bible) dan Al-Quran hingga Fajar. Di waktu itu, selepas mendengar penjelasan dari lelaki ini apa yang saya tahu daripada kelas yang saya ambil mengenai agama Kristian, dia telah membuat sesuatu yang orang lain sebelum ini tidak pernah buat. Dia telah menjemputku supaya menjadi seorang muslim. Dalam masa tiga tahun saya mencari dan terus mencari, tidak ada sesorang pun yang menjemputku. Aku telah diajar, telah membahas dan juga telah dihina, tetapi tidak pernah dijemput. Semoga Allah swt memberi petunjuk pada kita semua. Jadi apabila aku telah dijemput , ianya terus membuka hatiku. Daku sedar inilah waktunya. Daku sedar inilah kebenaran dan aku harus membuat keputusan. Alhamdulillah, Allah swt membuka hatiku dan aku menjawab, "Ya, aku ingin menjadi seorang Muslim". Dengan itu, lelaki ini telah membimbingku di dalam mengucapkan shahadahku- di dalam bahasa Inggeris dan juga di dalam bahasa Arab. Aku bersumpah bahawa apabila aku mengambil shahadahku, daku merasakan perasaan yang amat ganjil. Aku merasakan seolah olah satu beban yang sangat berat telah diangkat daripada dadaku, dan apabila aku mengambil nafas, seolah-olah inilah nafas pertamaku dalam kehidupanku. Alhamdulillah, Allah swt telah memberi daku kehidupan yang baru-didalam keadaan yang suci- peluang untuk ke syurga, dan aku berdoa supaya aku dapat hidupkan sisa sisa kehidupanku di dalam Islam dan mati sebagai seorang muslim. Ameen
Shariffa Carlo

Pesanan roh kepada manusia

Subject: PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

Assalamua'laikum,
PESANAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku"."Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. . Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku&quot".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan" .Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W..T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Ada sesiapa yang mendoakan kita?

Subject: Ada sesiapa yang mendoakan kita?

Renungkanlah saudara2 ku.. Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu. Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini, penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang! Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam. Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! ! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri. Pagi tadi, salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu. Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya Allah, saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...! !!